PENCAPAIAN MALAYSIA
MENARA BERKEMBAR PETRONAS
Menara Berkembar Petronas merupakan bangunan yang tertinggi di dunia iaitu mecapai ketinggian 451.9m (1483 kaki). Menara berkembar ini disambungkan pada tingkat 41 dan 41 dengan menggunakan satu jejantas yang berukuran sepanjang 58.4 meter. Menara ini yang telah direkabentuk oleh Cesar Pelli and Associates telah menelan belanja sebanyak US$1.2bn. Menara ini telah dibina untuk dijadikan ibupejabat korporat PETRONAS dan juga sebahagian daripada projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Menara 88 tingkat ini direkabentuk dengan prinsip geometrik yang mengutamakan ciri-ciri senibina Islam. Simbol geometrik yang digunakan adalah merangkumi semua prinsip Islam iaitu stabiliti, keharmonian, perpaduan dan rasional.

Dr. Sheikh Muszaphar Shukor ANGKASAWAN PERTAMA MALAYSIA
ANGKASAWAN MALAYSIA
Program penghantaran angkasawan pertama negara dengan kos RM95 juta merupakan sebahagian daripada program mengimbangi perolehan 18 jet pejuang Sukhoi SU-30 MKM dari Rusia yang ditandatangani pada 5 Ogos 2003. Di bawah program berkenaan, angkasawan Malaysia akan menjalankan program penyelidikan dan pembangunan (R&D) di ISS yang terletak kira-kira 402.34 kilometer dari permukaan bumi selama lapan hari.
Calon yang tepilih sebagai angkasawan Malaysia yang pertama ialah Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan calon simpanan ialah Kapten Dr Faiz Khaleed.

PENJELAJAHAN KE KUTUB SELATAN
Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir berjaya melalui ekspedisi 1,100 kilometer menawan Antartika, Kutub Selatan. Sharifah yang juga pensyarah Psikologi Sukan, Fakulti Sukan dan Rekreasi UiTM memulakan ekspedisi merentasi Antartika dengan kaedah ski sailing selama 22 hari bermula dari Kutub Selatan sehingga melepasi garisan penamat di Hercules Inlet pada 29 Disember 2004. Kecederaan serius pada lututnya pada suatu ketika tidak menghalang beliau menyempurnakan impian seluruh rakyat Malaysia untuk melihat kejayaannya. Kejayaan itu lebih manis apabila pihak Ekspedisi dan Logistik Antartika (ALE), mengiktiraf kejayaan beliau memecahkan rekod 24 hari yang dicatat sebelum ini.
Pencapaian Lee Chong Wei
Kita semua masih bercakap tentang Lee Chong Wei bukan? Izinkan kami selitkan sebuah kisah ringan berkaitan atlet yang kami anggap lagenda sukan Malaysia ini. Adibah Noor yang kami lihat aktif menjadi komentator sukan Olimpik 2012 menunjukkan rasa kagum dan hormat beliau terhadap Lee Chong Wei melalui Twitter beliau. Pelantun lagu Terlalu Istimewa ini berkata yang beliau akan mengundi Datuk Lee Chong Wei jika ahli sukan ini mengambil tempat sebagai calon pilihanraya kelak. Memang kebarangkalian yang nipis untuk melihat atlet hebat ini menyertai politik, namun kenyataan Adibah Noor ini merujuk kemampuan Lee Chong Wei menyatukan Malaysia. “Seorang lelaki yang tidak banyak bercakap, tetapi dia berjaya menyatukan rakyat Malaysia tanpa berkata sepatah pun. Ya, saya akan mengundi dia,” tambah Adibah Noor. |
|
DATO' MOHAMMAD NOR KHALID KARTUNIS MALAYSIA
Pada 1979, kartunis Mohammad Nor Khalid (lebih dikenali sebagai Lat), melancarkan Budak Kampung, buku komik berdasarkan kisah kehidupannya sendiri sebagai anak desa. Lima tahun kemudian buku ini diterjemah ke Bahasa Jepun. Pada 1998, Budak Kampung dijadikan siri TV 26 episod, usahasama ASTRO (Malaysia), Philippines Animated Studios Inc. (Filipina) dan Matinee Entertainment (Amerika Syarikat). Setahun kemudian, satu episod dari siri berkenaan bertajuk “Oh, Tok!” memenangi anugerah berprestij “Siri TV Terbaik” bagi siri 13 minit ke atas pada Pesta Filem Animasi Antarabangsa Annecy di Perancis.