MUTIARA KATA TOKOH
Tun Abdul Rahman |
Mutiara Kata Tokoh
Negeri kita ini unik. Tidak ada 'isme' yang boleh diimport dari luar negeri. Kita kenalah tadbirkan negeri ini secara sendiri. Jika kita cuba hendak tiru mana-mana 'isme' dari negeri luar, maka sudah tentu tidak dapat diterima rakyat negeri ini. Semangat Kebangsaan hendaklah dijadikan baja bagi menyuburkan kemerdekaan yang kita capai. "...merdeka itu bukanlah suatu bendayang mudah boleh didapat, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan. Dengan kerananya kitaterpaksa mengorbankan, bukan sahaja wang ringgit dan usaha tenaga bahkan jiwa kita sendiri juga... |
Tun Abdul Razak Hussain
|
Mutiara Kata Tokoh… Hari Merdeka ialah hari Kebangsaan kita.
Marilah kita membanggakan Negara kita dan sentiasa berjaga-jaga supaya tidak dipengaruhi oleh fahaman Kebangsaan yang sempit. Jika fahaman kebangsaan yang sempit itu dibiarkan hidup dengan perasaan yang meluap-luap maka sifat bertolak ansur dan tali persahabatan kita dengan negeri-negeri lain yang bebas akan terkecewa. Dengan yang demikian maka terganggulah keamanan dan ketenteraman dunia…” ~~~ “Kita juga telah berjaya memberikan satu keperibadian yang sama kepada Negara dengan menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal di Negara ini dan usaha-usaha masih lagi dicari bagi menjadikan bahasa itu sebagai bahasa kebangsaan dengan erti kata yang sebenarnya.” ~~~ |
Tun Hussein Bin Dato' Onn
|
Mutiara Kata Tokoh
|
Tun Mahathir Mohamad |
Mutiara Kata Tokoh“… Kita boleh mempunyai pendapat yang berbeza dalam politik Negara, tetapi apabila kita berhadapan dengan kemungkinan oranin lain cuba menjajah kita, kita patut rapatkan barisan, itulah makna patriotism. Kita rapatkan barisan dan lupakan tentang perselisihan faham antara kita supaya dapat menumpukan kepada segala usaha untuk mempertahankan Negara…”~~~ “Jelas rakyat dan negara kita amat bertuah |
Tun Abdulah Ahmad Badawi
|
Mutiara Kata Tokoh“… Sesungguhnya, segala kejayaan yang dicapai hari ini ditunjangi oleh usaha dan pengorbanan pejuang-pejuang kita yang terdahulu Tun Abdul Rahman telah berjuang bagi mencapai kemerdekaan, Tun Abdul Razak berusaha gigih bagi membawa pembangunan, Tun Hussein Onn memerah keringat bagi memupuk perpaduan rakyat dan Tun Dr.mahathir telah menentang arus bagi memcipta pemodnan. Mereka sebagai pemimpin kita bersama rakyat sekalian telah membawa Malaysia ke tahap ia berada hari ini…” ~~~ “Sesungguhnya, bagi melaksanakan Rancangan Malaysia Kesembilan, kita perlu melipatgandakan |
Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
|
Mutiara Kata TokohDi wajah suci anak-anak ini kulihat sinar
Di hati murni mereka terpahat sebuah impian Andai sengketa membelenggu sesama Andai kerakusan menguasai kita Ke manakah tumpah harapan mereka Kerana, Di bahu kitalah terpikul segunung amanah Di jemala kita terjunjung selaut ikrar Melunas sumpah, menunai janji Ayuhlah, Rakan dan taulan, sahabat dan saingan Lupakan beza lebuhkan menerima Bertatihlah bersamaku Kita berjalan seiringan, kita melangkah ke sehaluan 1 suara, 1 impian, 1 harapan, 1 Malaysia |